Google

Subscribe

RSS Feed (xml)

Add to Google Reader or Homepage Add to Webwag

Subscribe in Rojo

Add to My AOL

Add to netvibes

Subscribe in Bloglines

Add to Pageflakes

Subscribe in NewsGator Online

10 Tabiat Menyebabakan Kerosakan OTAK

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

1. Tidak Mengambil Sarapan
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Makan Lebih
Makan berlebihan akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. Makan jangan terlalu kenyang.

3. Merokok
Asap rokok boleh mengakibatkan sel-sel otak terjejas dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. Kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan seharian.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. Elakkan daripada bangun terlalu lewat pada waktu pagi.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Promote your Website with BidVertiser. Get $20 in FREE clicks.

2 comments:

amusynuraisha said...

bagus info ni..thanks ya..tanpa kusedari dengan tidak bersarapan boleh merosakkn otak..

eriy said...

pagi kena sarapan sekurang kurangnya minumla nestum ke..milo ke..makan sekeping bread ke..