Google

Subscribe

RSS Feed (xml)

Add to Google Reader or Homepage Add to Webwag

Subscribe in Rojo

Add to My AOL

Add to netvibes

Subscribe in Bloglines

Add to Pageflakes

Subscribe in NewsGator Online

Dua Suspek Kes Pembunuhan Nurin Ditahan

Berita Harian
Isnin, 14 Januari 2008

Image hosted by servimg.com

Polis percaya pecah kebuntuan siasatan ketika pencarian Sharlinie diteruskan
KUALA LUMPUR: Ketika perhatian ditumpukan kepada usaha mencari Sharlinie Mohd Nashar, 5, polis menahan dua pengawal keselamatan di sini sejak kelmarin yang mereka percaya dapat memecah kebuntuan siasatan kes culik dan bunuh Nurin Jazlin Jazimin, 8.

Lelaki itu, yang masing-masing berusia 43 dan 32 tahun, ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar ibu negara malam kelmarin dan pagi semalam, dipercayai dapat membantu siasatan kes bunuh Nurin Jazlin.





Difahamkan, tangkapan pertama dibuat di Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini, malam kelmarin oleh pasukan khas Bukit Aman yang ditubuhkan untuk menyiasat kes Nurin Jazlin, manakala lelaki kedua ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di bangunan kosong bekas kolej swasta di Jalan Tun Razak, semalam.


Get $20 in FREE Clicks to Advertise Here!
Get Death of Network Marketing now... Click here!

Kes Culik - Penjenayah Sudah Tidak Takut Polis Lagi !!

Kisah pembunuhan ngeri, Nurin Jazlin masih terpahat dalam ingatan kita. Kes Nurin Jazlin menggemparkan seluruh negara. Berita kehilangan kanak- kanak malang ini, sebelum itu telah menjadi bualan seluruh masyarakat Malaysia terutama sekali warga kota Kuala Lumpur.

Sehingga ke hari ini, masih kelihatan poster-poster kehilangan Nurin yang ditampal di merata tempat. Mengapa harus, kanak-kanak kecil seperti Nurin Jazlin yang hilang itu akhirnya ditemui mati dibunuh dengan kejam sekali. Tragedi ini benar-benar menguji kewibawaan pihak berkuasa dan kerajaan kita. Semua pihak merakamkan simpati yang tidak terhingga kepada keluarga mangsa.

Kisah menyayat hati ini benar-benar membuka mata rakyat Malaysia agar lebih prihatin dengan penjagaan anak-anak. Kes ini menjadikan Ibubapa sentiasa berhati hati.

Selang beberapa bulan selepas kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin, baru-baru ini kita digemparkan pula dengan kes kehilangan adik Nur Fateha Zaidi, 6 tahun, yang diculik di Flat Seri Manja, Desa Sepakat, Kampung Medan. Beliau yang dikatakan diumpan oleh seorang lelaki bermotosikal untuk melihat kucing dan burung kemudian dilaporkan hilang pada pukul 5 petang. Adik Nur Fateha akhirnya ditemui kira-kira tiga jam selepas itu di Wangsa Maju. Mujurlah kes adik Nur Fateha Zaidi, tidak tragis seperti Nurin Jazlin.

Soalnya disini, siapakah yang harus dipersalahkan sebenarnya?
adakah yang bersalah ialah ibu bapa, pihak berkuasa, masyarakat sekeliling..

Inilah yang harus kita fikirkan. Sejak sekian lama, sebelum ini kita bukannya tidak pernah mendengar kes-kes jenayah yang dilakukan terhadap kanak-kanak. Banyak kes yang terpencil dan tidak dihebahkan, kerana ia mungkin melibatkan penjenayah yang dikenali oleh mangsa.