Google

Subscribe

RSS Feed (xml)

Add to Google Reader or Homepage Add to Webwag

Subscribe in Rojo

Add to My AOL

Add to netvibes

Subscribe in Bloglines

Add to Pageflakes

Subscribe in NewsGator Online

Nasi Lemak - lebih sedap - lebih untung

Mahu makan Nasi Lemak yang sedap? Ada caranya. Caranya ialah dengan Mengukus. Cara ini bukan saja rasanya lebih sedap tetapi lebih untung dan jimat. Kalau kita memasak nasi lemak dengan cara menanak mesti berkerak bukan. Tetapi dengan cara mengukus nasi lemak tak akan berkerak, lebih sedap, lebih untung. Mari kita cuba cara ini.

Bahan-bahan:

3 cawan beras
3 cawan santan cair
2 helai daun pandan
garam

Cara-cara memasak:

Beras dikukus dalam pengukus hingga separuh masak. Setelah kelihatan separuh masak, rendam dengan air selama 3 jam. Tujuannya untuk mendapatkan beras yang lebih panjang dua kali ganda. Kukus semula beras tersebut sampai masak. Nasi yang telah masak tadi digaul dengan santan dan garam, biarkan 10 minit. Saya masak tak letak garam sebab santan sudah cukup memberi perisa sedap. Selepas itu, kukus sekali lagi bersama dengan daun pandan hingga nasi nampak berderai.

Wah banyak pula proses kukus mengukus nasi lemak ini hehe. Tapi kalau hendak tahu kesedapan nasi lemak ini, cuba lah resepi nasi lemak ini. Paling bagusnya ia tidak berkerak berbanding nasi lemak yang ditanak.

Nasi lemak ini boleh dihidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, timun, kacang gorengikan masin dan juga kangkung. Selamat mencuba dan selamat menikmati resepi ini. Nyam.. nyam Eating smiley

2 comments:

E-Tavasi said...

Wahhh resepi nasi lemak ada di sini :D buat kan juga untuk saya :) saya suka makan nasi lemak

eriy said...

hehehe suka makan nasi lemak ka..sama la kita..cara ni sy baru tau..selalu sy masak bekerak..