Google

Subscribe

RSS Feed (xml)

Add to Google Reader or Homepage Add to Webwag

Subscribe in Rojo

Add to My AOL

Add to netvibes

Subscribe in Bloglines

Add to Pageflakes

Subscribe in NewsGator Online

Tadau Kaamatan Sabah - Pesta Kaamatan Sabah - 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' - 'Selamat Hari Menuai'.

Kopivosian Tadau Ka'amatan - Selamat Hari Menuai 2008. Wah!! cuti lagi..Sabah cuti dua hari setiap bulan May 30hb dan 31hb. Pesta Kaamatan diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Tadau Ka'amatan juga dikenali Pesta Kaamatan di Sabah di sambut oleh kaum Kadazan/Dusun untuk meraikan tuaian Padi yang baik. Di dalam kepercayaan kaum Kadazan/Dusun semanagt padi adalah sebahagian dari "Kinoingan" atau disebut "Bambazon". Bagi mereka "Bambazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras dan nasi. Kepercayaan mereka kuat bahawa " Tiada padi, Tiada kehidupan".






Sepanjang bulan Mei, Pesta Kaamatan akan disambut dengan upacara upacara seperti Peraduan Ratu Cantik atau "Ngunduk Ngadau", Tarian Tradisi seperti Tarian Sumazau, pertandingan nyanyian dipanggil "Sugandoi", pertunjukan bina badan, dan juga kesenian kraftangan. Pertandingan memukul gong dan sukan rakyat juga antara acara utama dalam perayaan ini.

Sambutan Besar besaran diadakana di Hongkod KDCA Penampang Sabah. Pelbagai pakaian Tradisi Kaum Sabah akan dapat dilihat pada masa itu. Minuman Tradisi iaitu "Tapai" atau "Kinomol" adalah hidangan istimewa dan popular dihidangkan. Ia diperbuat daripada ubi kayu atau nasi. Dicampur dengan ragi dan dimasukkan dalm tempayan besar dipanggil "Tajau". Kemudian di perap selama seminggu hingga tiga minggu. Jadi kalau hendak merasa "Tapai" datanglah ke Pesta Keaamatan Sabah. :)



AddThis Social Bookmark Button

No comments: