Baru baru ini saya berborak borak dengan kawan kawan Paramedik di Forum Paramedik. Salah seoran kawan saya baru baru saja sembuh dari Demam Denggi. Melalui ceritanya memang teruk juga keadaannya kerana hampir dimasukan ICU.
Sembang punya sembang seorang kawan saya, juga Medik memberi petua jika kena penyakit Demam Denggi, minum Sup Ketam. Ini kali pertama saya mendengar petua ini. Cara nak masak Sup Ketam ini macam biasanya saja. Rebus dan minum supnya.
Selain itu, minum air banyak bagi mengelakkan dehidrasi dan amat digalakkan minum Air 100+ (satu lagi petua dari member Medik)
Apapun cara rawatan yang terbaik adalah Mencegah. Cegah sebelum parah.
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes seperti pasu bunga, tayar buruk, tin kosong kolam mandi, bekas plastik dan seangkatannya. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate mengikut sukatan yang ditetapkan (10 gram untuk 20 gelen air) tiga bulan sekali.
Hapus Ades, Cegah Denggi
Rahsia Sup Ketam
Nasi Lemak - lebih sedap - lebih untung
Mahu makan Nasi Lemak yang sedap? Ada caranya. Caranya ialah dengan Mengukus. Cara ini bukan saja rasanya lebih sedap tetapi lebih untung dan jimat. Kalau kita memasak nasi lemak dengan cara menanak mesti berkerak bukan. Tetapi dengan cara mengukus nasi lemak tak akan berkerak, lebih sedap, lebih untung. Mari kita cuba cara ini.
Bahan-bahan:
3 cawan beras
3 cawan santan cair
2 helai daun pandan
garam
Cara-cara memasak:
Beras dikukus dalam pengukus hingga separuh masak. Setelah kelihatan separuh masak, rendam dengan air selama 3 jam. Tujuannya untuk mendapatkan beras yang lebih panjang dua kali ganda. Kukus semula beras tersebut sampai masak. Nasi yang telah masak tadi digaul dengan santan dan garam, biarkan 10 minit. Saya masak tak letak garam sebab santan sudah cukup memberi perisa sedap. Selepas itu, kukus sekali lagi bersama dengan daun pandan hingga nasi nampak berderai.
Wah banyak pula proses kukus mengukus nasi lemak ini hehe. Tapi kalau hendak tahu kesedapan nasi lemak ini, cuba lah resepi nasi lemak ini. Paling bagusnya ia tidak berkerak berbanding nasi lemak yang ditanak.
Nasi lemak ini boleh dihidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, timun, kacang gorengikan masin dan juga kangkung. Selamat mencuba dan selamat menikmati resepi ini. Nyam.. nyam
Seludup Kanak-Kanak
NEGARA dikejutkan dengan kes penjualan dan pembelian bayi didalangi sindiket yang turut membabitkan doktor klinik swasta, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan warga asing di Johor Bahru, baru-baru ini.
Kes terbabit terbongkar selepas polis berjaya menyelamatkan empat bayi berusia antara tujuh bulan hingga setahun dan menahan 23 individu, termasuk tiga rakyat Singapura dalam satu operasi - Ops Kasih.
Bayi perempuan lebih mahal
Jika dulu, pasangan China lebih suka mendapat anak lelaki berbanding perempuan kerana kepercayaan tradisi mereka, kini semuanya berubah apabila harga yang ditawarkan untuk bayi perempuan menjadi anak angkat lebih mahal bayarannya.
PENYELUDUPAN manusia adalah jenayah perniagaan ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api yang dianggarkan menjana pendapatan antara RM22.4 juta hingga RM32 juta (AS$7 juta hingga AS$10 juta) setahun bagi setiap orang yang diseludup.
Mengikut laporan Unicef, penyeludupan bayi dan kanak-kanak dijalankan sindiket untuk tujuan dijual bagi dijadikan buruh, pengemis, pekerja seks, tentera upahan atau pekerja ladang selain memenuhi kehendak kemanusiaan - membantu pasangan yang tidak dapat anak dan menyediakan kanak-kanak dengan kehidupan lebih baik.
sumber utama : Berita Harian
seludup kanak kanak penyuludupan kanak kanak seludup bayi
seludup kanak kanak penyuludupan kanak kanak seludup bayi
Labels: Bayi, Isu semasa
