Semalam tengok berita menyiarkan tentang perletakan jawatan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebentar tadi baca akhbar Berita Harian Online. Berita utamanya juga Mengenai perletakan jawatan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita Harian
"Saya berterima kasih kepada pengundi Permatang Pauh yang menyokong saya sejak tiga penggal lalu. Saya bagaimanapun akan kekal sebagai Presiden PKR dan Pengerusi Yayasan Aman," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, di sini. 
Turut hadir ialah Anwar; anak mereka, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai; Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; wakil DAP yang juga Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai; Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh disandang Anwar atas tiket Barisan Nasional (BN) antara 1982 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998. Pada 1999, Wan Azizah memenangi kerusi itu atas tiket PKR dan berjaya mengekalkannya sehingga pilihan raya umum Mac lalu.
Peletakan jawatan itu sekali gus mengakhiri kedudukan Wan Azizah selaku ketua pembangkang wanita pertama di Parlimen dan beliau menjelaskan, penggantinya akan dipilih selepas Pakatan Rakyat berbincang mengenainya.
Wan Azizah berkata, beliau percaya Anwar mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan untuk memacu pembangunan ekonomi negara dan integriti untuk menyatukan rakyat. Anwar, pada sidang media itu, berkata beliau terharu dan amat terhutang budi kepada isterinya kerana sanggup melepaskan kerusi itu untuk memberi laluan kepadanya.
Presiden PKR Letak Jawatan
Labels: Isu semasa, Politik
Seludup Kanak-Kanak
NEGARA dikejutkan dengan kes penjualan dan pembelian bayi didalangi sindiket yang turut membabitkan doktor klinik swasta, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan warga asing di Johor Bahru, baru-baru ini.
Kes terbabit terbongkar selepas polis berjaya menyelamatkan empat bayi berusia antara tujuh bulan hingga setahun dan menahan 23 individu, termasuk tiga rakyat Singapura dalam satu operasi - Ops Kasih.
Bayi perempuan lebih mahal
Jika dulu, pasangan China lebih suka mendapat anak lelaki berbanding perempuan kerana kepercayaan tradisi mereka, kini semuanya berubah apabila harga yang ditawarkan untuk bayi perempuan menjadi anak angkat lebih mahal bayarannya.
PENYELUDUPAN manusia adalah jenayah perniagaan ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api yang dianggarkan menjana pendapatan antara RM22.4 juta hingga RM32 juta (AS$7 juta hingga AS$10 juta) setahun bagi setiap orang yang diseludup.
Mengikut laporan Unicef, penyeludupan bayi dan kanak-kanak dijalankan sindiket untuk tujuan dijual bagi dijadikan buruh, pengemis, pekerja seks, tentera upahan atau pekerja ladang selain memenuhi kehendak kemanusiaan - membantu pasangan yang tidak dapat anak dan menyediakan kanak-kanak dengan kehidupan lebih baik.
sumber utama : Berita Harian
seludup kanak kanak penyuludupan kanak kanak seludup bayi
seludup kanak kanak penyuludupan kanak kanak seludup bayi
Labels: Bayi, Isu semasa
Harga Minyak Naik
Semalam pergi gunting rambut di kedai tempat biasa bergunting rambut. Kakak gunting rambut tu kata " sudah naik hargalah dik. Minyak naik terpaksa naikkan harga".
Itu lah kesan bila Harga Minyak naik. Agak membebankan bagi golongan yang berpendapatan rendah seperti saya..
Harga barang asas seperti beras, tepung pun naik. Kawan saya kata "Tanam padi di dalam bandarlah kalau macam ni". Kos sara hidup bertambah tinggi, tambang kenderaan pun naik. Tambang bas naik, tambang teksi naik. Semuanya naik, dan tak lama lagi timbullah penyakit tekanan mental/emosi kerana terlalu memikirkan masalah bagaimana hendak menggunakan wang gaji yang tak naik naik untuk keperluan seharian.
Apapun kita harus pandai dalam menguruskan kewangan harian dan mengubahsuai cara hidup yang sebelum ini mungkin hari hari pergi makan KFC. Sebagai pengguna juga, perlu bertindak bijak dalam menghadapi krisis kenaikan harga barang disebabkan kenaikan harga minyak.
Kalau tak tahu menguruskan kewangan, mintalah bantuan profesional contohnya AKPKP yang menawarkan khidmat menguruskan dan membantu menyelesaikan masalah kewangan.
harga minyak naik minyak naik akpkp harga barang naik minyak
harga minyak naik minyak naik akpkp harga barang naik minyak
Labels: Isu semasa
