Google

Subscribe

RSS Feed (xml)

Add to Google Reader or Homepage Add to Webwag

Subscribe in Rojo

Add to My AOL

Add to netvibes

Subscribe in Bloglines

Add to Pageflakes

Subscribe in NewsGator Online

Gaya Rambut

Potongan bob;
Cuba potongan bob jika mahu mencuba kelainan. Malah, gaya rambut yang dipotong lebih pendek di belakang berbanding rambut sisi menjadi gaya paling hangat kalangan selebriti Hollywood juga tempatan antaranya Victoria Beckham, Katie Holmes, Paris Hilton dan Misha Omar. Gaya ini lebih praktikal bagi wanita yang inginkan gaya kemas tanpa ombak yang kadangkala sukar diurus. Ia boleh dipelbagaikan sama ada untuk kelihatan pendek atau jika disisir tengah, rambut akan kelihatan panjang mencecah paras bahu. Paling penting adalah gel rambut.

Bentuk Hati;
Individu berwajah berbentuk hati mempunyai dahi yang luas dengan bentuk wajah tirus ke bawah. Bagi memberi ilusi wajah seimbang, cipta potongan panjang mengikut tepi muka misalnya dengan pilihan potongan bob. Atau potong rambut ke depan mencecah kening bagi menutup sebahagian dahi anda.

Bentuk Oval;
Pemilik wajah oval adalah individu paling bertuah. Semua gaya rambut sesuai untuk bentuk muka mereka. Rambut panjang milik anda dibiar tanpa ikatan dan cipta ombak besar beralun bagi menyuntik penampilan anggun atau sesekali boleh sisir rapi rambut ke belakang bagi mencipta pesona berbeza.

Bentuk Bulat;
Bentuk wajah bulat tidak boleh menggayakan gaya rambut sebarangan kerana silap gaya ia boleh membuatkan wajah kelihatan tembam berisi. Untuk meniruskan bentuk wajah, pastikan rambut tidak terlalu kembang atau cuba potongan bertingkat mengikut bentuk wajah. Elakkan memotong rambut pada paras dagu kerana ia bakal membuatkan muka bertambah bulat.

Bentuk Bersegi;
Pemilik wajah bersegi mempunyai garis rahang yang agak jelas. Rambut kerinting atau berombak sesuai kerana ia mampu melembutkan bentuk wajah. Potongan bertingkat yang tidak terlalu banyak bersama potongan bang (rambut depan) panjang yang ditarik ke tepi mampu melengkap gaya pemilik wajah bersegi.

No comments: