Google

Subscribe

RSS Feed (xml)

Add to Google Reader or Homepage Add to Webwag

Subscribe in Rojo

Add to My AOL

Add to netvibes

Subscribe in Bloglines

Add to Pageflakes

Subscribe in NewsGator Online

Musim Cuti Sekolah



Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, memasak bertukang kayu atau apa apa saja aktiviti yang melibatkan ahli keluarga.

Pergi melancong bersama keluarga dalam negeri. Lawatlah temapt-tempat menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau tak kurang mampu, berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi sudah cukup mebuat anak anak gembira. Bawa makanan dari rumah yang dimasak bersama anak anak. Iannya tentu menyeronokkann.

Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional. Contohnya bermain congkak, gasing dan sebagainya.

Menonton televisyen bersama anak-anak. Semasa menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.

Makan bersama semua ahli keluarga. Makan bersama ahli keluarga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menjalinkan kemesraan semasa makan.

Pergi ke perpustakaan awam yang berhampiran dengan rumah. Bawa anak-anak ke perpustakaan tersebut. Membawa anak anak ke perputakaan boleh memupuk minat anak anak untuk mebaca.

Sekiranya anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak. Pengawasan ibubapa penting semasa anak anak menerokai dunia internet. Oleh itu luangkan bersama anak anak melayari internet.

Galakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama.

Galakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan



No comments: