Google

Subscribe

RSS Feed (xml)

Add to Google Reader or Homepage Add to Webwag

Subscribe in Rojo

Add to My AOL

Add to netvibes

Subscribe in Bloglines

Add to Pageflakes

Subscribe in NewsGator Online

10 Perkara Tentukan Stail Berpakaian

10 perkara penting ini perlu anda ketahui untuk menentukan stail berpakaian.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
1. Tentukan warna pakaian yang sesuai dengan warna fizikal anda (warna kulit, warna rambut, warna mata). Warna boleh menonjolkan wajah dan penampilan lebih ketara atau membuatkan anda kelihatan pucat.

2. Kenal pasti jenis bentuk tubuh.
Tidak kira sama ada anda bersaiz besar dan tinggi, pendek dan kurus, berotot, gemuk dan sebagainya. Ia adalah penting apabila ingin memilih stail. Pakaian seharusnya mengikut bentuk tubuh. Seluar berlipat atau kosong di hadapan membuatkan seseorang yang menitikberatkan bahagian tengah tubuh akan nampak berbeza.

3. Tahap aktiviti.

Kunci apabila memilih fabrik adalah berdasarkan aktiviti yang anda lakukan. Apakah pakaian berfabrik sutera dipakai untuk aktiviti bersukan? Fikirkan.

4. Gaya hidup di dalam pergaulan:

Tentukan jenis dan fesyen pakaian yang paling anda perlukan dan bersesuaian. Untuk ke majlis koktail, jangan pula mengenakan stail fesyen untuk bersantai.

5. Apa pekerjaan anda?
Seorang jurutera mempunyai stail atau gaya berbeza dengan seorang peguam atau editor majalah. Seorang pekerja bank memerlukan pakaian ke pejabat yang bersesuaian. Kemeja dan seluar slack mesti ada.

6. Pertimbangkan personaliti anda- Pakaian yang anda pakai akan mencipta satu stail individual dan “the Statement” yang ingin anda tonjolkan.

7.Tentukan imej yang ingin ditonjolkan:
Kajian menunjukkan 30 saat pertama merupakan masa untuk first impression terhadap penampilan seseorang. Dalam tempoh 30 saat itu, pelbagai perkara akan diperhatikan. Ini termasuklah pendidikan, Sofistikasi, kejujuran, cara komunikasi, kejayaan dan kemahiran juga diambil kira. Keputuasan adalah berdasarkan pandangan visual yang dilihat. Ia sangat penting untuk kejayaan anda di dalam bidang yang diceburi.

8. Apa yang anda suka dan tidak suka:
Tentukan apa yang sesuai dengan anda dan apa yang perlu dielakkan.

9. Bersesuaian dengan keadaan iklim.

Tentukan jenis pakaian dan fabrik yang bersesuaian dengan iklim di tempat anda. Biasanya iklam tropika memerlukan kita memakai pakaian berfabrik nipis seperti kapas.

10. Pakaian formal:
Setiap lelaki memerlukan sekurang-kurang sepasang sut atau tuxedo di dalam almari. Pakaian formal ini diperlukan sekiranya anda menghadiri majlis formal, persidangan atau seminar perniagaan. Untuk padanan yang sesuai dengan bentuk badan, sut yang ditempah lebih sesuai.

Promote your Website with BidVertiser. Get $20 in FREE clicks.

No comments: