I love you…Aku Cinta Kamu..Jiwang la pula kali ini..Apa apa aje la..
Tiga patah ini memberi kesan yang sangat bermakna bila diucapkan pada seseorang yang dicintai.
Jika si dia memang mencintai kamu, pasti dia akan tersenyum kerana menantikan ungkapan itu. Dada terasa kembang sekembang kembangnya..hehe..
Kalau si dia tidak pernah terfikir pun ungkapan itu diucapkan padanya pasti dia tergamam, sedikit terkejut..hah
Tapi jika si dia memang tak suka, benci dan meluat dengan orang yang mengucapkan tentu dia akan mencebik dan kata eehhh..apa mamat ni
Ungkapan I Love You menjadi rutin harian bagi pasangan kekasih. Ada yang sukar untuk mengucapkan I Love You pada pasangan terutama sekali yang sudah berkahwin. Kata kata I Love You ini amat bermakna bagi mereka yang sukar mengatakannya dan mereka akan komited pada maksud ungkapan ini apabila mengucapkanya.
Ada orang yang hanya suka mendengar ungkapan ini daripada kekasih tapi sukar pula membalas I Love You Too. Ia dibalas dengan senyuman sahaja kerana dengan senyuman sahaja sudah cukup untuk mengtakan "I Love You Too"
Senyuman walaupun biasanya menandakan persetujuan tapi juga boleh menyembunyikan seribu satu makna. Setiap insan di dunia ini pasti mengharapkan balasan ucapan cinta mereka. Jadi ucapkanlah cinta sekiranya kita memang cinta.
Jadi Jangan tangguh lagi kerana kita tidak tahu masih adakah esok untuk kita. Ucapkan la sekarang...
I Love You
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment