Semalam pergi gunting rambut di kedai tempat biasa bergunting rambut. Kakak gunting rambut tu kata " sudah naik hargalah dik. Minyak naik terpaksa naikkan harga".
Itu lah kesan bila Harga Minyak naik. Agak membebankan bagi golongan yang berpendapatan rendah seperti saya..
Harga barang asas seperti beras, tepung pun naik. Kawan saya kata "Tanam padi di dalam bandarlah kalau macam ni". Kos sara hidup bertambah tinggi, tambang kenderaan pun naik. Tambang bas naik, tambang teksi naik. Semuanya naik, dan tak lama lagi timbullah penyakit tekanan mental/emosi kerana terlalu memikirkan masalah bagaimana hendak menggunakan wang gaji yang tak naik naik untuk keperluan seharian.
Apapun kita harus pandai dalam menguruskan kewangan harian dan mengubahsuai cara hidup yang sebelum ini mungkin hari hari pergi makan KFC. Sebagai pengguna juga, perlu bertindak bijak dalam menghadapi krisis kenaikan harga barang disebabkan kenaikan harga minyak.
Kalau tak tahu menguruskan kewangan, mintalah bantuan profesional contohnya AKPKP yang menawarkan khidmat menguruskan dan membantu menyelesaikan masalah kewangan.
Harga Minyak Naik
Labels: Isu semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Apa boleh buat.. :D minyak naik.. sabar jak lah.. :)mungkin esok hari lusa.. bila keadaan pulih.. kita gembira semuala :D
hehehe..
orang kata sabar separuh daripada iman..
harap cepat cepat lah pulih..
Post a Comment