Domain kini dianggap sebagai satu pelaburan menguntungkan menandingi pelaburan hartanah.
Domain dibeli/terjual dengan harga jutaan ringgit. Business.com salah satu domain pernah mencatat rekod jualan mencecah jutaan ringgit. Namun, ramai yang masih tidak mengetahui selok belok perniagaan domain ini.
Terdapat dua kaedah bagi mendapatkan domain. Kaedah pertama ialah menerusi pembelian domain baru yang belum berdaftar. Seseorang perlu terlebih dahulu melakukan carian di laman web pendaftar domain seperti di Godaddy.com. Domain yang dibeli terus ini lazimnya lebih murah (kecuali domain khusus tertentu) berbanding domain yang pernah berdaftar. Kaedah ini tidak melibatkan sebarang proses perundingan dengan mana-mana pihak.
Kaedah kedua ialah dengan membeli secara terus daripada tuan punya domain. Ini dinamakan Domain Aftermarket, atau domain yang telah dibeli dan didaftarkan atas nama tuan punya tadi.
Bagaimana menguruskan serta meminimakan risiko. Cara terbaik, berurusanlah dengan mereka yang terbukti rekod urusniaganya. Elakkan daripada berurusniaga dengan mereka yang baru sehari dua mendaftar tetapi terus membuat urusniaga.
Urusniaga domain turut boleh dilakukan di forum komuniti maya seperti di DNForum.com, Namepros.com, Digitalpoint.com dan Domainstate.com. Di sini, para pemilik dan golongan yang berminat untuk mendapatkan domain akan berbincang serta melakukan urusniaga secara terus dengan pemilik dan tidak melalui agen atau broker.
sumber:Kosmo
Menjana Pendapatan Menerusi Domain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment