Air dalam badan berfungsi menjaga kesegaran, membantu bahagian pencernaan serta mengeluarkan toksik. Selain dari itu, air dapat juga dapat membantu mengurangkan berat badan. Dengan minum air 2 liter dalam sehari, ia dapat membantu dalam pengurangan berat badan.
Air membantu proses metabolisme dlam tubuh badan dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Air berperanan sebagai bahan bakar bagi mendorong reaksi kimia metabolisme. Kalori tidak dibakar dengan baik sekiranya kurang meminum air dalam sehari.
The British Dietetic Association~orang dewasa perlu meminum 2.5 liter air sehari termasuk jus buah buahan, teh, kopi. Jumlah ini disarankan untuk menjaga keperluan cairan sehari hari.
Sekiranya anda sedang menjalani program diet, pengambilan air perlu ditambah lagi sebanyak 750ml air dalam sehari.
Jadi mulakan hari anda dengan meminum air..
Air Boleh Turunkan BERAT Badan
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdek! Merdeka! Merdeka!...
Selamat menyambut hari merdeka yang ke 51. Kibarkan Jalur Gemilang dimana saja. Kibarkan Bendera Malyasia, bendera sebagai lambang sebuah negara, simbol aspirasi rakyat, warisan dan kewarganegaraan semua kaum di Malaysia.
Kibarkan dengan cara yang betul. Jangan terbalik. Berbanggalah kita kerana dilahirkan di Malaysia. Hidup berbilang kaum dan berbagai agama.
One Nation Emcees Dapat USD 100,000
Lima kumpulan berjaya ke final dan juaranya ialah tidak lain tidak bukan One Nation Emcees dari Malaysia..Malaysia BOLEH!!!
Rugi sesiapa yang tidak melihat konsert final Gang Starz musim kedua. Persembahan One Nation Emcees memang best. Persembahan yang bertenaga. Walaupun cuma tengok di tv saja. Persembahan meletup memang meletup.
Sumber gambar:http://www.tv3.com.my/gangstarz08
Tahniah One Nation Emcess. Sudah dapat duit banyak jangan sombong ye..Jangan lupa pada peminat peminat yang tidak putus putus mengundi anda.Teruskan usaha anda untuk menjadi bintang di persada seni. Ini baru permulaannya.
Tampil Cantik
Berhias setiap kali hendak keluar. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk berhias. Jika anda sudah tahu cara merias wajah, masa 5 - 10 minit sudah cukup untuk bermekap. Dengan bermekap dapat menambahkan lagi keyakinan diri.
Jika memakai mekap adalah lebih baik memilih yang kelihatan semulajadi. Ini akan menampakan wajah semulajadi anda. Harus diingat bermekap biar sekadar untuk menambahkan keyakinan dan kena pada keadaannya. Jangan bermekap macam badut pula.
Perkara yang paling penting dalam bermekap ialah, jangan nampak berbelang-belang nanti macam kuda belang pula. Mekap biar disapu rata dan jangan ada perbezaan ketara antara wajah dan leher. Wajah putih leher pula gelap.
Jangan lupa bersihkan wajah anda setiap malam. Bebaskan wajah anda dari sebarang mekap di waktu malam. Rehatkan wajah anda. Pemeliharaan kulit sangat penting dalam penampilan kecantikan.
Labels: Apa Apa Aje, kecantikan, tips
Kesan Duduk Lama Depan Komputer
Duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan. New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku.
Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, ialah mereka yang menghabiskan masa lama berjam-jam mengadap komputer. Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat.
Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat berlebihan. Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki. Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari.
Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan. Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP. DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus~
"darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru"
Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme. Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung.
Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku. Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat rapuh kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.
Simptom
Cepat penat, Mengah, Sakit dada, Denyutan nadi laju, Lemah di bahagian kaki, Kurang selera makan, Batuk, Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.
Pencegahan
1. Stoking untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam
duduk lama depan komputer darah beku pulmonari embolisme kesan duduk lama depan komputer
Labels: Apa Apa Aje, info
Final Gang Starz 2008
Lima kumpulan terpilih ke Final Gang Starz 2008. Dua kumpulan dari Malaysia berjaya ke final, kumpulan One Nation Emcees dan Akasia. Paragon Child dan 3.5 pula mewakili Filipina dan D'Reborn dari Indonesia.
Filem susuk
Ida Nerina– Suzana
Adlin Aman Ramlie – Greater Bomoh
Diana Rafar – Soraya
Sofea Jane – Mona
Hairie Othman – Farish
Noorkhiriah – Mastura
Gambit Saifullah – Kamal
Aleeza Kassim – Rozana
Tengku Marina – Aini
Anne Abdullah – Shasha
The Dark Knight - Ganas
Filem terbaru Batman, The Dark Knight, yang mengumpul lebih £300 juta (RM1.9 bilion) di seluruh dunia tidak sampai tiga minggu ditayangkan bukan saja menarik penonton tetapi turut menerima 82 rungutan yang disampaikan kepada Lembaga Klasifikasi Filem Britain (BBFC).
Golongan muda tidak sesuai menonton filem berkenaan terutama dengan watak The Joker, lakonan mendiang Heath Ledger, yang dipukul kejam, kerap kali mengancam menikam muka mangsa dan pada satu ketika mencucuk pensil ke mata seorang lelaki.
Aduan bertumpu kepada pensijilan 12A filem berkenaan, yang bermakna budak di bawah usia 12 tahun boleh menontonnya jika diiringi orang dewasa.
Sumber:Berita Harian
Labels: filem
Saka
SAKA adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.
Fakta Saka:
- Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.
- Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.
- Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).
- Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.
- Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.
- Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.
Jenis saka:
- Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.
- Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.
- Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.
- Saka bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.
- Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.
- Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.
- Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.
Sumber : Angkara Saka Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)
saka fakta saka jenis jenis saka Apa itu saka
saka fakta saka jenis jenis saka Apa itu saka
saka fakta saka jenis jenis saka Apa itu saka
Cuci Tangan Dengan Sabun - Bilas Tangan 15 saat
Konsep sebenar mencuci tangan ialah mesti menggunakan sabun dan di bawah air mengalir bersih. Tangan perlu dilumur sabun dan digosok pada tapak dan belakang tangan serta di celah jari sebelum dibilas bersih.
Menurut Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Allan Yee, tangan perlu dibilas sekurang-kurangnya 15 saat di bawah air mengalir (air paip) untuk menyingkir kotoran dan mikro organisma yang boleh membahayakan kesihatan.
Kajian Penjagaan Kebersihan dan Pengurangan Penyakit yang dibentangkan dalam Kongres Penyakit Berjangkit Antarabangsa Ke-13 menunjukkan kebersihan tangan dapat mengurangkan masalah pernafasan (sama ada jangkitan saluran pernafasan atas atau bawah), gasrousus (cirit-birit, mual, muntah dan jangkitan cacing) serta penyakit kulit dengan berkesan.
Antara masalah yang dapat dikurangkan ialah:
- Jangkitan saluran pernafasan atas (selesema, batuk, otitis media, sakit tekak, keradangan sinus)
- Jangkitan saluran pernafasan bawah (pneumonia, demam panas, batuk berkahak, sesak dada, flu dan asma)
- Jangkitan gastrousus (cirit-birit, mual dan muntah, jangkitan parasit dan cacing)
- kulit (demam campak, ekzema, demam cacar, sakit mata, kutu, kudis dan kudis buta
Labels: info
Petua Sihat Untuk Kurus - siri 11 - 20
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter.
12. Ketika makan di luar, pesanlah minuman air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Elakkan meminta minuman manis.
13.. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Anda mungkin akan berputus asa untuk berdiet.
15. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan satu diari makanan. Ia boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus.
20. Ketika memilih piring makanan , ambil piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu, kemudian baru nasi, terakhir lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.
Friendster Dalam Bahasa Melayu
Pasti semua orang tahu rangkaian sosial No.1 di Asia iaitu Friendster. Kini Friendster available dalam Bahasa Melayu.
Pengguna Internet di Malaysia dan rakyat Malaysia di seluruh dunia kini dapat menikmati Friendster dalam bahasa Melayu.
Sebelum ini Friendster hanya terdapat dalam Jepun, Inggeris, Korea, Sepanyol, Vietnam, Cina dan Indonesia.
Adanya Friendster dalam Bahasa Melayu membolehkan lebih banyak capaian kepada mereka yang lebih selesa berbahasa Melayu.
Lebih menarik lagi Friendster kini sudah boleh didapati dalam telefon bimbit. Dengan melayari alamat m.friendster.com, pengguna Friendster boleh melayari laman itu walaupun tidak berada di hadapan komputer.
Labels: Apa Apa Aje, info