Semalam tengok berita menyiarkan tentang perletakan jawatan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebentar tadi baca akhbar Berita Harian Online. Berita utamanya juga Mengenai perletakan jawatan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita Harian
"Saya berterima kasih kepada pengundi Permatang Pauh yang menyokong saya sejak tiga penggal lalu. Saya bagaimanapun akan kekal sebagai Presiden PKR dan Pengerusi Yayasan Aman," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, di sini. 
Turut hadir ialah Anwar; anak mereka, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai; Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; wakil DAP yang juga Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai; Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh disandang Anwar atas tiket Barisan Nasional (BN) antara 1982 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998. Pada 1999, Wan Azizah memenangi kerusi itu atas tiket PKR dan berjaya mengekalkannya sehingga pilihan raya umum Mac lalu.
Peletakan jawatan itu sekali gus mengakhiri kedudukan Wan Azizah selaku ketua pembangkang wanita pertama di Parlimen dan beliau menjelaskan, penggantinya akan dipilih selepas Pakatan Rakyat berbincang mengenainya.
Wan Azizah berkata, beliau percaya Anwar mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan untuk memacu pembangunan ekonomi negara dan integriti untuk menyatukan rakyat. Anwar, pada sidang media itu, berkata beliau terharu dan amat terhutang budi kepada isterinya kerana sanggup melepaskan kerusi itu untuk memberi laluan kepadanya.
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts
Presiden PKR Letak Jawatan
Labels: Isu semasa, Politik
Blog Ahli Politik
Ahli Politik sekarang sudah ada blog sendiri. Antaranya ialah:
Blog Dr Mohamad Khir Toyo:
http://www.drkhir.blogspot.com/
Dato Shahrir Samad:
http://shahrirsamad.blogspot.com/
Dato Wira Mohd Ali Rustam:
http://mohdalirustam.blogspot.com/
Dato' Ruhanie Ahmad:
http://www.kuda-kepang.blogspot.com/
Forum Gebang Tempur Maya Penyokong UMNO:
http://www.mykmu.net/ :Dr Mohamad Khir Toyo
Di dalam Blog Dr Mohamad Khir Toyo bertajuk Mohon Cadangan Sahabat Bloggers
telah mendapat komen sebanyak 726 dari para pembaca blog. Woww...banyaknya. Kalau nak baca pergi lah melawat blog tersebut
Labels: Politik
Subscribe to:
Posts (Atom)
