Google

Subscribe

RSS Feed (xml)

Add to Google Reader or Homepage Add to Webwag

Subscribe in Rojo

Add to My AOL

Add to netvibes

Subscribe in Bloglines

Add to Pageflakes

Subscribe in NewsGator Online

Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Nutrien Penting - Daya Ketahanan Badan Bayi

Rahim adalah tempat perlindungan semula jadi bayi ketika dalam kandungan. Segala khasiat serta perlindungan terbaik dibekalkan dalam rahim sebelum kelahiran. Tetapi , selepas bersalin, sistem imunisasi pramatang bayi mula terbentuk dengan sendirinya. Semasa membesar bayi akan terdedah kepada persekitaran luar.

Adalah penting untuk membekalkan nutrien nutrien sewajarnya untuk membantu meningkatkan lagi sistem imunisasi anak anak.

Nutrien nutrien penting serta manfaaf terhadap perkembangan fizikal, mental serta daya ketahanan bayi.

Rantaian Panjang Asid Lemak Poli Tidak Tepu(LCPUFAs)
1.DHA & ARA
Struktur penting dan komponen asas untuk perkembangan otak dan penglihatan. Asid lemak penting merupakan kompenan asas sel daya tahan.

Mikronutrien antipengoksida
1.Vitamin C
cekap menyahkan pelbagai radikal bebas.
2.Vitamin E
Melindungi sel mambran fosfolipid daripada pengoksidaan oleh radikal radikal bebas.

Nutrien membina daya ketahanan tubuh tambahan
1.Zink
Penting untuk pereplikaan sel daya tahan serta fungsinya. Membantu mengurangkan kemungkinan cirit birit teruk serta penyakit berjangkit
2.Vitamin A
Mengelakan keradangan di dalam saluran gastrousus. Membantu mengurangkan kemungkinan cirit birit teruk.
3.Zat Besi
Penting untuk fungsi sel daya tahan dan melindungi daripada jangkitan.
4.Protien
Kebanyakan mekanisma daya tahan bergantung pada pereplikaan sel atau penghasilan sebatian protien aktif.

Nutrien nutrien lain
1.Kolina
Menyokong fungsi otak secara keseluruhan. Penting dalam tempoh kritikal perkembangan dan pembesaran otak.
2.Iodin
Pemanjangan tempoh kekurangan iodin boleh memberi kesan dalam pembelajaran dan motivasi
3.Inulin & GOS
Mengurangkan jumlah dan perkembangan bakteria patologikal untuk memulihkan fungsi usus, mengekalkan kekuatan usus, mengembalikan daya ketahanan pembiakan bakteria baik, memperbaiki perkumuhan nitrogen dan meningkatkan penyerapan kalsium.

AddThis Social Bookmark Button

Permainan kanak kanak BERBAHAYA

Mainan kanak-kanak:
permainan kanak-kanak mengandungi plumbum berlebihan boleh merosakkan otak juga menjejaskan proses tumbesaran.

Antaranya kereta lumba, set alat kecantikan dan set minuman teh yang mudah diperoleh di pasar raya serta pasar malam.

Plumbum disentuh, dihidu, dimasukkan dalam mulut, boleh menjejaskan tumbesaran kanak-kanak dan menjejaskan kecerdasan otak. Bergantung selama mana kanak-kanak berkenaan terdedah dengan permainan itu. Kepada ibu bapa harus mengambil tahu hal ini. Ambil berat jenis permainan anak anak semasa membeli dipasar raya atau pasar malam.

90 peratus permainan kanak-kanak dalam pasaran yang diimport dari China, Indonesia, selain dikeluarkan dalam negara, mengandungi campuran plumbum tinggi.

Plumbum berbahaya, boleh merosakkan otak serta menjejaskan proses tumbesaran seorang kanak kanak.

Plumbum yang dibenarkan dicampur dalam sesuatu bahan termasuk pada warna, tidak boleh melebihi 0.009 peratus.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket