Google

Subscribe

RSS Feed (xml)

Add to Google Reader or Homepage Add to Webwag

Subscribe in Rojo

Add to My AOL

Add to netvibes

Subscribe in Bloglines

Add to Pageflakes

Subscribe in NewsGator Online

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Bengkung Moden cantikkan Badan

Set bengkung mengembalikan bentuk badan wanita dapat memberi keyakinan apabila berdepan orang ramai.

Bengkung Moden kini mempunyai ciri khas yang lebih baik untuk kesihatan dan kecantikan wanita. Kebanyakan produk korset dan girdle yang ada dalam pasaran mempunyai ciri tambahan seperti benang yang disulam dengan cahaya infra merah memberikan nafas baru dari sudut kesihatan secara menyeluruh.

Kajian mendapati FIR akan menyebabkan molekul air dalam sel pada organ dan tubuh badan manusia bergetar dalam lingkungan frekuensi yang sama. Pemakaian set bengkung moden yang disulam dengan teknologi ini akan memberi tindak balas kepada badan dan menghasilkan lebih banyak haba menyebabkan saluran darah mengembang, perjalanan darah lebih lancar, penghantaran nutrien ke seluruh badan lebih sempurna.





Ia turut membantu memudahkan proses pengeluaran bahan buangan daripada sel badan sekali gus membuatkan badan menjadi lebih bertenaga, cergas, sihat dan ceria. Kebanyakan produk mempunyai tetulang stereoskopik pada belakang dan depan badan. Tetulang membantu memperbaiki serta mengukuhkan struktur tulang belakang dan berfungsi mengatasi masalah tulang belakang bongkok, diska tergelincir dan sakit pinggang.

Ada produk yang mempunyai chitosan pada mangkuk colinya dan ia dipercayai menjadi ejen utama mengesan kanser payudara selain mangkuk berbentuk piramid yang dapat menampung payudara supaya tidak jatuh. Pengguna harus bijak memilih produk yang diyakini berkualiti. Teliti terlebih dulu material yang digunakan dan pastikan ia mendapat pengiktirafan pakar contohnya Persatuan Pakar Tulang Belakang.

INFO: Bagaimana FIR berfungsi?

1- FIR menembusi kulit
2 - Tindak balas resonan ke atas molekul air
3 - Molekul air bergetar lebih kuat
4 - Lebih banyak tenaga digunakan
5 - Lebih haba dihasilkan
6 - Salur darah mengembang
7 - Perjalanan darah lebih lancar
8 - Penghantaran nutrien dan pembuangan toksik lebih berkesan sel badan lebih segar
9 - Badan menjadi segar, cergas dan ceria.

Keistimewaan FIR

Melancarkan perjalanan darah dalam tubuh
Meningkatkan kadar metabolisma
Memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan
Mengeluarkan peluh asid
Menggalakkan tumbesaran lebih teratur
Mengekalkan kesegaran badan
Mengurangkan kandungan asid dalam darah
Membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik
Membantu menghalang pembiakan sel kanser dalam badan Penggunaan FIR merawat
Antikanser terutama kanser payu dara
Lemah tenaga batin
Kencing manis
Darah tinggi
Lemah jantung
Gout, migrain
Asma
Sakit belakang dan pinggang
Batu Karang



AddThis Social Bookmark Button

30 petua membina cinta kukuh

1.Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.

2.Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.

3.Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6.Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

8. Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11 Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.

14. Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya wanita yang memulakannya.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain serta seronok untuk didampingi orang lain.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki terbabit.

23. Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

24. Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

25.Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.

technorati tags:


Gemuk

Perempuan Gemuk juga cantik dan menarik

Dalam sesetengah budaya, gemuk dikaitkan dengan tarikan fizikal, kekuatan dan kesuburan. Artifak lama dikenali sebagai “Venus figurines” iaitu statut bersaiz poket adalah model perempuan gemuk. Walaupun signifikan budaya ini tidak direkodkan tetapi ia dikatakan popular di zaman prasejarah di Mediterranean. Dalam budaya Eropah pula, perempuan gemuk dikaitkan dengan ritual magis dan kesuburan.

Gemuk juga diiktiraf sebagai simbol kekayaan dan status sosial terutama dalam kelompok masyarakat yang mengalami masalah kekurangan makanan. Dalam sejarah awal Eropah moden juga gemuk dikaitkan sebagai simbol kekayaan sebelum akhirnya ia dikaitkan dengan keghairahan, selera dan erotik.

Dalam seni halus, perempuan gemuk juga mendapat tempat. Misalnya dalam karya pelukis era baroque, Peter Paul Rubens (1577-1640) sehingga timbulnya istilah 'Rubenesque'. Ia dilihat sebagai simbol prestij.
technorati tags:
del.icio.us tags:
icerocket tags:


Get $20 in FREE Clicks to Advertise Here!
Get Death of Network Marketing now... Click here!