Google

Subscribe

RSS Feed (xml)

Add to Google Reader or Homepage Add to Webwag

Subscribe in Rojo

Add to My AOL

Add to netvibes

Subscribe in Bloglines

Add to Pageflakes

Subscribe in NewsGator Online

Nasi Lemak - lebih sedap - lebih untung

Mahu makan Nasi Lemak yang sedap? Ada caranya. Caranya ialah dengan Mengukus. Cara ini bukan saja rasanya lebih sedap tetapi lebih untung dan jimat. Kalau kita memasak nasi lemak dengan cara menanak mesti berkerak bukan. Tetapi dengan cara mengukus nasi lemak tak akan berkerak, lebih sedap, lebih untung. Mari kita cuba cara ini.

Bahan-bahan:

3 cawan beras
3 cawan santan cair
2 helai daun pandan
garam

Cara-cara memasak:

Beras dikukus dalam pengukus hingga separuh masak. Setelah kelihatan separuh masak, rendam dengan air selama 3 jam. Tujuannya untuk mendapatkan beras yang lebih panjang dua kali ganda. Kukus semula beras tersebut sampai masak. Nasi yang telah masak tadi digaul dengan santan dan garam, biarkan 10 minit. Saya masak tak letak garam sebab santan sudah cukup memberi perisa sedap. Selepas itu, kukus sekali lagi bersama dengan daun pandan hingga nasi nampak berderai.

Wah banyak pula proses kukus mengukus nasi lemak ini hehe. Tapi kalau hendak tahu kesedapan nasi lemak ini, cuba lah resepi nasi lemak ini. Paling bagusnya ia tidak berkerak berbanding nasi lemak yang ditanak.

Nasi lemak ini boleh dihidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, timun, kacang gorengikan masin dan juga kangkung. Selamat mencuba dan selamat menikmati resepi ini. Nyam.. nyam Eating smiley

Seludup Kanak-Kanak

NEGARA dikejutkan dengan kes penjualan dan pembelian bayi didalangi sindiket yang turut membabitkan doktor klinik swasta, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan warga asing di Johor Bahru, baru-baru ini.

Kes terbabit terbongkar selepas polis berjaya menyelamatkan empat bayi berusia antara tujuh bulan hingga setahun dan menahan 23 individu, termasuk tiga rakyat Singapura dalam satu operasi - Ops Kasih.

Bayi perempuan lebih mahal

Jika dulu, pasangan China lebih suka mendapat anak lelaki berbanding perempuan kerana kepercayaan tradisi mereka, kini semuanya berubah apabila harga yang ditawarkan untuk bayi perempuan menjadi anak angkat lebih mahal bayarannya.

PENYELUDUPAN manusia adalah jenayah perniagaan ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api yang dianggarkan menjana pendapatan antara RM22.4 juta hingga RM32 juta (AS$7 juta hingga AS$10 juta) setahun bagi setiap orang yang diseludup.

Mengikut laporan Unicef, penyeludupan bayi dan kanak-kanak dijalankan sindiket untuk tujuan dijual bagi dijadikan buruh, pengemis, pekerja seks, tentera upahan atau pekerja ladang selain memenuhi kehendak kemanusiaan - membantu pasangan yang tidak dapat anak dan menyediakan kanak-kanak dengan kehidupan lebih baik.

sumber utama : Berita Harian


AddThis Social Bookmark Button

Tips Jimat Elektrik

AlatPenjimatan.Com

Tips Jimat Berjimat di musim kenaikan Harga Minyak Petrol. Tips
Penggunaan
Penyaman Udara.
Tahukah anda: Penayaman Udara menggunakan
25% - 35% daripada tenaga elektrik.
Oleh itu amat penting memilih kuasa Penyaman Udara
harus bersesuaiandengan ruang bilik.

1. Pilih Penyaman Udara yang mempunyai kadar kecekapan
tenaga (Energy Efficiency Rating-EER) tertinggi iaitu
menggunakan tenaga lebih rendah.

2. Elakkan meletak pemampat penyaman udara di tempat
yang terdedah cahaya matahari. Letakkan di tempat teduh
agar memudahkan compressor (pemampat) menjalankan
proses kerjanya dengan cepat.

3. Penapis harus diperiksa serta dibersihkan sebulan sekali.
Ianya boleh dilakukan sendiri dengan membuka unit indoor
dan keluarkan penapis, basuh dengan air bersih. Pencuci khas
boleh didapati di pasaraya atau kedai servis aircond.

4. Selain itu anda boleh menanam pokok untuk memberi
teduhan cahaya matahari. Langsir juga bertindak mengawal
kemasukan cahaya dalam bilik. Cahaya matahari panas yang
masuk ke ruang bilik ketika penyaman udara berfungsi akan
melambatkan proses penyejukan.

Untuk Tips lebih banyak boleh klik
sini
Jadi lah Pengguna BIJAK..