Penghawa dingin adalah alat elektirik antara penyumbang terbesar penggunaan elektrik bulanan. Suruhanjaya Tenaga di dalam laporannya, 50-60% penyumbang besar penggunaan elektrik ialah penghawa dingin.
Walaupun dari segi peratusan,mengikut kajian bahawa penggunaan peti sejuk adalah pengguna terbesar elektrik namun kadar cajnya tidaklahbesar berbanding penghawa dingin.
Anggaran purata sebuah penghawa dingin ialah sebanyak RM1.40sen sehari.
Penting bahawa penggunaan penghawa dingin perlu diguna secara optima bagi mengurangkan pembaziran dan meningkatkan lagi penjimatan bil bulanan. Antara caranya ialah menetapkan suhu antara 23C ke 26C untuk suhu yang selesa. Menukarkan suhu yang terlalu sejuk iaitu 20C kepada 24C boleh menjimatkan tenaga sehingga 33%.
Untuk Tips lebih banyak boleh klik sini
Jadi lah Pengguna BIJAK..
Penghawa Dingin
I Love You
I love you…Aku Cinta Kamu..Jiwang la pula kali ini..Apa apa aje la..
Tiga patah ini memberi kesan yang sangat bermakna bila diucapkan pada seseorang yang dicintai.
Jika si dia memang mencintai kamu, pasti dia akan tersenyum kerana menantikan ungkapan itu. Dada terasa kembang sekembang kembangnya..hehe..
Kalau si dia tidak pernah terfikir pun ungkapan itu diucapkan padanya pasti dia tergamam, sedikit terkejut..hah
Tapi jika si dia memang tak suka, benci dan meluat dengan orang yang mengucapkan tentu dia akan mencebik dan kata eehhh..apa mamat ni
Ungkapan I Love You menjadi rutin harian bagi pasangan kekasih. Ada yang sukar untuk mengucapkan I Love You pada pasangan terutama sekali yang sudah berkahwin. Kata kata I Love You ini amat bermakna bagi mereka yang sukar mengatakannya dan mereka akan komited pada maksud ungkapan ini apabila mengucapkanya.
Ada orang yang hanya suka mendengar ungkapan ini daripada kekasih tapi sukar pula membalas I Love You Too. Ia dibalas dengan senyuman sahaja kerana dengan senyuman sahaja sudah cukup untuk mengtakan "I Love You Too"
Senyuman walaupun biasanya menandakan persetujuan tapi juga boleh menyembunyikan seribu satu makna. Setiap insan di dunia ini pasti mengharapkan balasan ucapan cinta mereka. Jadi ucapkanlah cinta sekiranya kita memang cinta.
Jadi Jangan tangguh lagi kerana kita tidak tahu masih adakah esok untuk kita. Ucapkan la sekarang...
Faizal Tahir
Masih ingat lagi Faizal Tahir mencetuskan kontroversi buka baju selepas dikritik aksi menggelongsurnya. Apa apa aje la Faizal ..
Kali ini pula Faizal Tahir memberi kejutan dalam Anugerah Planet Muzik (APM) (APM 2008) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam. Faizal Tahir telah menebus kontroversinya dengan memenangi dua kategori iaitu artis lelaki paling popular dan artis lelaki baru terbaik. Wooww..Tahniah Faizal Tahir.
Faizal Tahir dengan Trofi kemenangannya..Tahniah
