Google

Subscribe

RSS Feed (xml)

Add to Google Reader or Homepage Add to Webwag

Subscribe in Rojo

Add to My AOL

Add to netvibes

Subscribe in Bloglines

Add to Pageflakes

Subscribe in NewsGator Online

Magik AJl 22 2008


ARAMAIIITIII...Itu lah dia Pemenang Baru AJL 22 kumpulan Estranged.

Kalau dilihat cara persembahan tak la magik tapi vokal Rich dan dan lagunya menjadikan Estranged magik sehingga menjurai kategori Pop/Rock serta juara keseluruhan AJL 22. Tahniah Estranged.

Kategori Etnik Kreatif pula dimenangi oleh lagu Samudera nyanyian Nora. Ini pertama kali Nora berjaya menggengam trofi walau sudah tujuh kali menyertai pertandingan AJL. Lirik lagu di tulis oleh Ahmad Fetri Yahya pengacara MHI manakala melodinya ciptaan Johan Nawawi.

Lagu Izinku Pergi dinyanyikan oleh Sahri memang memukau penonton pada malam AJL.
Sahri menggantikan tempat Kaer yang berada di Jakarta. Kaer pasti bangga dengan Sahri kerana berjaya membawa lagu itu dengan baik sekaligus menang kategori Balada.
Walaupun Sahri tidak mempunyai sebarang album, Sahri telah membuktikan dia adalah penyanyi hebat malam itu.

Jac dan Lah Ahmad membawa lagu Ceritera Cinta, memenangi kategori Vokal Terbaik. Lah Ahmad menggantikan penyanyi asal Rio Fabrian.

Mawi oh Mawi. Mawi tetap Mawi. Raja SMS. Magik Mawi menukar baju di atas pentas telah membolehkannya memenagi kategori persembahan terbaik. Mawi memang layak mendapat persembahan terbaik kerana persembahannya memang hebat. Mawi sudah pandai menari. Kalau tiada undian SMS Mawi memang layak menang.

No comments: