Google

Subscribe

RSS Feed (xml)

Add to Google Reader or Homepage Add to Webwag

Subscribe in Rojo

Add to My AOL

Add to netvibes

Subscribe in Bloglines

Add to Pageflakes

Subscribe in NewsGator Online

Suami-isteri bertengkar hidup lebih lama‏

Pasangan suami isteri yang bertengkar umur lebih panjang. Penyelidik mendapati suami isteri yang tidak membincangkan perbezaan pendapat dan memendam rasa marah terhadap satu sama lain mungkin meninggal dunia lebih awal berbanding yang bergaduh.

Bila bergaduh suami isteri akan mencari jalan menyelesaikan konflik. Ia adalah lebih baik bagi kesihatan berbanding memendam perasaan.

Laporan akhbar Daily Mail:
ahli sains mengkaji 192 pasangan selama 17 tahun dan meletakkan mereka dalam empat kategori.

Kumpulan pertama merangkumi pasangan suami isteri yang membincangkan rasa marah mereka.

Kumpulan kedua merangkumi pasangan yang hanya suami menunjukkan rasa marah. Isteri sebaliknya memendam perasaan.

Kumpulan ketiga melibatkan pasangan yang hanya isteri menunjukkan rasa marah.

kumpulan keempat mempunyai pasangan yang kedua-duanya memendam perasaan.

Penyelidik mendapati di kalangan 26 pasangan yang kedua-duanya memendam rasa marah, 13 kematian dicatat. Dalam tiga kumpulan melibatkan 166 pasangan, kesemuanya hanya 41 kematian dicatat.

'Kunci utama ialah apabila konflik berlaku, bagaimanakah anda menyelesaikannya?' - Profesor Ernest Harburg dari Fakulti Kesihatan Awam Universiti Michigan.

'Apabila tidak berbuat demikian, jika anda memendam rasa marah, dan anda terlalu memikirkannya dan anda marahkan orang lain, dan anda tidak cuba menyelesaikan masalah, memang anda ada masalah.

Oleh itu Jom bergaduhhhh....

del.icio.us tags:
icerocket tags:

No comments: