Google

Subscribe

RSS Feed (xml)

Add to Google Reader or Homepage Add to Webwag

Subscribe in Rojo

Add to My AOL

Add to netvibes

Subscribe in Bloglines

Add to Pageflakes

Subscribe in NewsGator Online

Daun pudina, Misai Kucing, Serai



misai kucing, daun pudina, serai,

DAUN pudina dan daun misai kucing, boleh juga dijadikan minuman. Cara untuk membuatnya adalah seperti menyediakan teh. Daunnya direbus.

Resipi Daun Pudina, Misai Kucing, Serai:
-Pandan dan Serai direbus bersama gula batu
-Setelah sejuk dihidangkan dengan air batu dan sebatang serai.

  • Misai Kucing:
Dalam perubatan tradisional tempatan, Misai Kucing digunakan untuk merawat radang sendi (arthritis), gout dan sengal-sengal atau lenguh (rheumatism), kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot.
  • Pudina- peppermint :
Pudina digunakan dibarat sebagai penawar untuk penyakit seperti batuk. Pudina juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian. Dalam perubatan cina pudina, tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk. Ia digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti demam selesema dan permulaan demam selesema. Selain ituPudina juga digunakan untuk membuang angin dalam badan serta mengubat penyakit seperti ruam kulit.
  • Serai (Serai wangi):
serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.
Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa.
Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian.
Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut.

No comments: