Air dalam badan berfungsi menjaga kesegaran, membantu bahagian pencernaan serta mengeluarkan toksik. Selain dari itu, air dapat juga dapat membantu mengurangkan berat badan. Dengan minum air 2 liter dalam sehari, ia dapat membantu dalam pengurangan berat badan.
Air membantu proses metabolisme dlam tubuh badan dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Air berperanan sebagai bahan bakar bagi mendorong reaksi kimia metabolisme. Kalori tidak dibakar dengan baik sekiranya kurang meminum air dalam sehari.
The British Dietetic Association~orang dewasa perlu meminum 2.5 liter air sehari termasuk jus buah buahan, teh, kopi. Jumlah ini disarankan untuk menjaga keperluan cairan sehari hari.
Sekiranya anda sedang menjalani program diet, pengambilan air perlu ditambah lagi sebanyak 750ml air dalam sehari.
Jadi mulakan hari anda dengan meminum air..
Air Boleh Turunkan BERAT Badan
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdek! Merdeka! Merdeka!...
Selamat menyambut hari merdeka yang ke 51. Kibarkan Jalur Gemilang dimana saja. Kibarkan Bendera Malyasia, bendera sebagai lambang sebuah negara, simbol aspirasi rakyat, warisan dan kewarganegaraan semua kaum di Malaysia.
Kibarkan dengan cara yang betul. Jangan terbalik. Berbanggalah kita kerana dilahirkan di Malaysia. Hidup berbilang kaum dan berbagai agama.
One Nation Emcees Dapat USD 100,000
Lima kumpulan berjaya ke final dan juaranya ialah tidak lain tidak bukan One Nation Emcees dari Malaysia..Malaysia BOLEH!!!
Rugi sesiapa yang tidak melihat konsert final Gang Starz musim kedua. Persembahan One Nation Emcees memang best. Persembahan yang bertenaga. Walaupun cuma tengok di tv saja. Persembahan meletup memang meletup.
Sumber gambar:http://www.tv3.com.my/gangstarz08
Tahniah One Nation Emcess. Sudah dapat duit banyak jangan sombong ye..Jangan lupa pada peminat peminat yang tidak putus putus mengundi anda.Teruskan usaha anda untuk menjadi bintang di persada seni. Ini baru permulaannya.
Tampil Cantik
Berhias setiap kali hendak keluar. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk berhias. Jika anda sudah tahu cara merias wajah, masa 5 - 10 minit sudah cukup untuk bermekap. Dengan bermekap dapat menambahkan lagi keyakinan diri.
Jika memakai mekap adalah lebih baik memilih yang kelihatan semulajadi. Ini akan menampakan wajah semulajadi anda. Harus diingat bermekap biar sekadar untuk menambahkan keyakinan dan kena pada keadaannya. Jangan bermekap macam badut pula.
Perkara yang paling penting dalam bermekap ialah, jangan nampak berbelang-belang nanti macam kuda belang pula. Mekap biar disapu rata dan jangan ada perbezaan ketara antara wajah dan leher. Wajah putih leher pula gelap.
Jangan lupa bersihkan wajah anda setiap malam. Bebaskan wajah anda dari sebarang mekap di waktu malam. Rehatkan wajah anda. Pemeliharaan kulit sangat penting dalam penampilan kecantikan.
Labels: Apa Apa Aje, kecantikan, tips
Kesan Duduk Lama Depan Komputer
Duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan. New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku.
Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, ialah mereka yang menghabiskan masa lama berjam-jam mengadap komputer. Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat.
Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat berlebihan. Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki. Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari.
Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan. Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP. DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus~
"darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru"
Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme. Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung.
Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku. Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat rapuh kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.
Simptom
Cepat penat, Mengah, Sakit dada, Denyutan nadi laju, Lemah di bahagian kaki, Kurang selera makan, Batuk, Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.
Pencegahan
1. Stoking untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam
duduk lama depan komputer darah beku pulmonari embolisme kesan duduk lama depan komputer
Labels: Apa Apa Aje, info
Final Gang Starz 2008
Lima kumpulan terpilih ke Final Gang Starz 2008. Dua kumpulan dari Malaysia berjaya ke final, kumpulan One Nation Emcees dan Akasia. Paragon Child dan 3.5 pula mewakili Filipina dan D'Reborn dari Indonesia.
Filem susuk
Ida Nerina– Suzana
Adlin Aman Ramlie – Greater Bomoh
Diana Rafar – Soraya
Sofea Jane – Mona
Hairie Othman – Farish
Noorkhiriah – Mastura
Gambit Saifullah – Kamal
Aleeza Kassim – Rozana
Tengku Marina – Aini
Anne Abdullah – Shasha
The Dark Knight - Ganas
Filem terbaru Batman, The Dark Knight, yang mengumpul lebih £300 juta (RM1.9 bilion) di seluruh dunia tidak sampai tiga minggu ditayangkan bukan saja menarik penonton tetapi turut menerima 82 rungutan yang disampaikan kepada Lembaga Klasifikasi Filem Britain (BBFC).
Golongan muda tidak sesuai menonton filem berkenaan terutama dengan watak The Joker, lakonan mendiang Heath Ledger, yang dipukul kejam, kerap kali mengancam menikam muka mangsa dan pada satu ketika mencucuk pensil ke mata seorang lelaki.
Aduan bertumpu kepada pensijilan 12A filem berkenaan, yang bermakna budak di bawah usia 12 tahun boleh menontonnya jika diiringi orang dewasa.
Sumber:Berita Harian
Labels: filem
Saka
SAKA adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.
Fakta Saka:
- Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.
- Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.
- Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).
- Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.
- Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.
- Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.
Jenis saka:
- Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.
- Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.
- Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.
- Saka bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.
- Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.
- Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.
- Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.
Sumber : Angkara Saka Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)
saka fakta saka jenis jenis saka Apa itu saka
saka fakta saka jenis jenis saka Apa itu saka
saka fakta saka jenis jenis saka Apa itu saka
Cuci Tangan Dengan Sabun - Bilas Tangan 15 saat
Konsep sebenar mencuci tangan ialah mesti menggunakan sabun dan di bawah air mengalir bersih. Tangan perlu dilumur sabun dan digosok pada tapak dan belakang tangan serta di celah jari sebelum dibilas bersih.
Menurut Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Allan Yee, tangan perlu dibilas sekurang-kurangnya 15 saat di bawah air mengalir (air paip) untuk menyingkir kotoran dan mikro organisma yang boleh membahayakan kesihatan.
Kajian Penjagaan Kebersihan dan Pengurangan Penyakit yang dibentangkan dalam Kongres Penyakit Berjangkit Antarabangsa Ke-13 menunjukkan kebersihan tangan dapat mengurangkan masalah pernafasan (sama ada jangkitan saluran pernafasan atas atau bawah), gasrousus (cirit-birit, mual, muntah dan jangkitan cacing) serta penyakit kulit dengan berkesan.
Antara masalah yang dapat dikurangkan ialah:
- Jangkitan saluran pernafasan atas (selesema, batuk, otitis media, sakit tekak, keradangan sinus)
- Jangkitan saluran pernafasan bawah (pneumonia, demam panas, batuk berkahak, sesak dada, flu dan asma)
- Jangkitan gastrousus (cirit-birit, mual dan muntah, jangkitan parasit dan cacing)
- kulit (demam campak, ekzema, demam cacar, sakit mata, kutu, kudis dan kudis buta
Labels: info
Petua Sihat Untuk Kurus - siri 11 - 20
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter.
12. Ketika makan di luar, pesanlah minuman air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Elakkan meminta minuman manis.
13.. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Anda mungkin akan berputus asa untuk berdiet.
15. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan satu diari makanan. Ia boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus.
20. Ketika memilih piring makanan , ambil piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu, kemudian baru nasi, terakhir lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.
Friendster Dalam Bahasa Melayu
Pasti semua orang tahu rangkaian sosial No.1 di Asia iaitu Friendster. Kini Friendster available dalam Bahasa Melayu.
Pengguna Internet di Malaysia dan rakyat Malaysia di seluruh dunia kini dapat menikmati Friendster dalam bahasa Melayu.
Sebelum ini Friendster hanya terdapat dalam Jepun, Inggeris, Korea, Sepanyol, Vietnam, Cina dan Indonesia.
Adanya Friendster dalam Bahasa Melayu membolehkan lebih banyak capaian kepada mereka yang lebih selesa berbahasa Melayu.
Lebih menarik lagi Friendster kini sudah boleh didapati dalam telefon bimbit. Dengan melayari alamat m.friendster.com, pengguna Friendster boleh melayari laman itu walaupun tidak berada di hadapan komputer.
Labels: Apa Apa Aje, info
Presiden PKR Letak Jawatan
Semalam tengok berita menyiarkan tentang perletakan jawatan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebentar tadi baca akhbar Berita Harian Online. Berita utamanya juga Mengenai perletakan jawatan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita Harian
"Saya berterima kasih kepada pengundi Permatang Pauh yang menyokong saya sejak tiga penggal lalu. Saya bagaimanapun akan kekal sebagai Presiden PKR dan Pengerusi Yayasan Aman," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, di sini.
Turut hadir ialah Anwar; anak mereka, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai; Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; wakil DAP yang juga Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai; Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh disandang Anwar atas tiket Barisan Nasional (BN) antara 1982 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998. Pada 1999, Wan Azizah memenangi kerusi itu atas tiket PKR dan berjaya mengekalkannya sehingga pilihan raya umum Mac lalu.
Peletakan jawatan itu sekali gus mengakhiri kedudukan Wan Azizah selaku ketua pembangkang wanita pertama di Parlimen dan beliau menjelaskan, penggantinya akan dipilih selepas Pakatan Rakyat berbincang mengenainya.
Wan Azizah berkata, beliau percaya Anwar mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan untuk memacu pembangunan ekonomi negara dan integriti untuk menyatukan rakyat. Anwar, pada sidang media itu, berkata beliau terharu dan amat terhutang budi kepada isterinya kerana sanggup melepaskan kerusi itu untuk memberi laluan kepadanya.
Labels: Isu semasa, Politik
Menjana Pendapatan Menerusi Domain
Domain kini dianggap sebagai satu pelaburan menguntungkan menandingi pelaburan hartanah.
Domain dibeli/terjual dengan harga jutaan ringgit. Business.com salah satu domain pernah mencatat rekod jualan mencecah jutaan ringgit. Namun, ramai yang masih tidak mengetahui selok belok perniagaan domain ini.
Terdapat dua kaedah bagi mendapatkan domain. Kaedah pertama ialah menerusi pembelian domain baru yang belum berdaftar. Seseorang perlu terlebih dahulu melakukan carian di laman web pendaftar domain seperti di Godaddy.com. Domain yang dibeli terus ini lazimnya lebih murah (kecuali domain khusus tertentu) berbanding domain yang pernah berdaftar. Kaedah ini tidak melibatkan sebarang proses perundingan dengan mana-mana pihak.
Kaedah kedua ialah dengan membeli secara terus daripada tuan punya domain. Ini dinamakan Domain Aftermarket, atau domain yang telah dibeli dan didaftarkan atas nama tuan punya tadi.
Bagaimana menguruskan serta meminimakan risiko. Cara terbaik, berurusanlah dengan mereka yang terbukti rekod urusniaganya. Elakkan daripada berurusniaga dengan mereka yang baru sehari dua mendaftar tetapi terus membuat urusniaga.
Urusniaga domain turut boleh dilakukan di forum komuniti maya seperti di DNForum.com, Namepros.com, Digitalpoint.com dan Domainstate.com. Di sini, para pemilik dan golongan yang berminat untuk mendapatkan domain akan berbincang serta melakukan urusniaga secara terus dengan pemilik dan tidak melalui agen atau broker.
sumber:Kosmo
Petua Sihat Untuk Kurus - siri 1-10
1. Jangan berlapar. Tidak makan menyebabkan Kadar metabolisma menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan dengan lebih banyak. Walaupun tahap pengambilan makanan kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL dalam perut menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. Minum 8 gelas air dalam sehari. Air mengurangkan selera makan secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak dalam tubuh. Minum air sebelum makan makanan berat. Anda tentu tidak akan makan dengan banyak.
4. Elakkan minum minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. Ambil sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
7. Makan perlahan lahan. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan, jangan gopoh. Apabila makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. Kunyah makanan hingga lumat. Kunyahlah makanan hingga lumat atau hingga ke cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera.
petua petua petua untuk kurus petua kurus kuruskan badan tips kuruskan badan
petua petua petua untuk kurus petua kurus kuruskan badan tips kuruskan badan
Labels: Petua
Bagaimana Menjadi Jutawan?
Menjadi Jutawan!!..Wow..sudah tentu semua orang ingin berjaya hingga bergelar jutawan. Bagaimana caranya??
Ebook hasil tulisan Jutawan Internet muda, Dr. Irfan Khairi bertajuk Mentor Jutawan ada jawapannya.
Melalui ebook ini, anda akan mengetahui rahsia 8 jutawan seperti:-
- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
- Azizi Ali, Jurulatih jutawan & Jutawan Hartanah
- Chef Li (Dato’ Dr Rusly), Jutawan Senyap
- Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
- Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
- Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
- Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
- Irfan Khairi, Jutawan Internet
Anda akan pelajari 101 kunci, strategi dan prinsip mentor jutawan daripada mentor jutawan popular di atas. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ebook Mentor Jutawan ini.
Klik di sini untuk mendapatkan Ebook Mentor Jutawaan hasil tulisan seorang Jutawaan Internet muda, Dr. Irfan Khairi.
ebook Dr Irfan khairi jutawan internet ebook mentor jutawan mentor jutawan
ebook Dr Irfan khairi jutawan internet ebook mentor jutawan mentor jutawan bagaimana menjadi jutawan
Labels: ebook
Plastik Greenphylic - Plastik Larut Air
Greenphylic mesra alam dihasilkan 6 penyelidik UTP.
MASALAH pencemaran alam sekitar akibat penggunaan meluas plastik sukar terurai bakal diatasi menerusi penghasilan plastik boleh larut dalam air pada kadar segera.
Plastik mesra alam itu hasil kajian sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Petronas (UTP) bagi mengurangkan kesan pencemaran plastik yang diperbuat daripada bahan petroleum dan mengambil masa hampir 100 tahun untuk terurai.
Produk yang dikenali Greenphylic itu dihasilkan menggunakan bahan polimer sintetik dibuat daripada Polyvinyl Alcohol (PVA) berciri larut air. Tiga ujian kejuruteraan dijalankan dalam penghasilan produk itu iaitu titik pencairan, ujian ketegangan dan ujian kelarutan air. Berdasarkan ujian itu, didapati produk berkenaan mempunyai tahap larut air dan ketegangan tinggi, selain tahan haba tinggi iaitu sehingga 200 darjah celcius.
- Dibuat daripada bahan polimer sintetik Polyvinyl Alcohol (PVA) 225
- Tiada kos pelupusan kerana ia larut segera dalam air
- Membabitkan tiga ujian kejuruteraan dalam penghasilannya iaitu titik pencairan, ujian ketegangan dan ujian kelarutan air.
- Tahan haba tinggi hingga 200 darjah celcius
- Kos pengeluaran hanya 20 sen seunit menerusi penghasilan secara pukal
Labels: Apa Apa Aje, info
Expert Advice - Money
1.Donald Trump, real estate mogul and star of "The Apprentice":
ON DEBT
"Review your budget regularly - see where your blind spot are. I know people who don't count entertainment or alcohol or whatever - everything must be accounted for. Even a tiny leak can sink a ship. The same with finances.
2.David Gardner, editor, The Motley Fool (fool.com) website:
ON STOCKS
"What do I invest in? An index fund - like those that track the Standard & Poor's 500 - because they are mostly managed by machines for a very low fee, not by humans trying to finance their vacations."
3.Jonathan Clements, senior special writer, The Wall Street Journal:
ON INVESTING
"People bank their financial future on crazy strategies. They are betting the housing market will keep soaring, investing hefty sums in hedge funds or equity-indexed annuities. But there is no easy way to get rich quick. If folks want to retire in comfort, they've got to stick with the basics: Save regularly, diversity broadly. Favour low-cost mutual funds. And shows some patience."
4.Robert Kiyosaki, author of Rich dad, Poor Dad:
ON PAYING FOR UNIVERSITY
"Buy oil! As soon as the kids are born. Oil consumption is up, but supply is down. Get a mutual fund that sells oil stocks."
Jangan Minum Kopi
Wanita yang sedang merancang untuk mendapatkan anak, amat tidak digalakkan minum kopi.
Kopi mengandungi kafein boleh membawa kesan buruk terhadap kehamilan. Kesannya hampir sama buruk dengan arak, merokok dan berat badan berlebihan.
Minum empat cawan kopi dalam sehari menjejaskan peluang seorang wanita mendapatkan anak. Pengambilan empat cawan Kopi boleh menjejaskan kesuburan dan kesihatan janin, risiko keguguran, risiko kematian bayi ketika kelahiran juga dikaitkan kecacatan ketika lahir.
Jadi jangan minum kopi. Amalkan gaya hidup yang sihat untuk cahayamata yang sihat
sumber
kopi dan wanita kopi jejaskan kehamilan gaya hidup sihat
Labels: Apa Apa Aje
Untuk Kaum Lelaki bernama SUAMI & Rujukan Untuk Kaum ISTERI - Pakar Motivasi Dr. Fadhilah Kamsah - siri 11-23
Lanjutan Motivasi dari siri 1-10
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami 'degil' tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku biladah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensit f. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dankaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
motivasi dr fadilah kamsah hargai isteri panduan untuk suami
Menjana pendapatan Dengan Google Adsense
Google Adsense ialah satu programperkongsian pendapatan daripada pengiklanan di internet oleh Google. Program ini adalah satu satunya program buat duit di internet yang memerlukan syart kelayakkan minimum.
Dengan hanya membuat laman web percuma seperti blogspot, anda boleh menjana wang tanpa had melalui internet.
Sean Wu dari Thailand yang berusia 24 tahun memperoleh pendapatan USD48,583 sebulan dengan hanya mengendali dan menyelengarakan Blog dari bilik tidur. Apa yang dilakukannya hanya meletakkan iklan Google pada blog beliau.
Maklumat selanjutnya boleh layari laman web disini
Gubahan Pasu Seramik
Gubahan berasaskan herba dijadikan cenderahati dan hiasan rumah.
sumber
Bahan-bahan:
Pasu seramik, tisu, sekuntum bunga ros yang dibuat daripada daun nipah, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan beberapa herba lain mengikut kreativiti anda serta peralatan gubahan seperti gunting dan gam.
Cara Cara Membuat:
- Masukkan tisu hingga penuh permukaan pasu dan lekatkan bunga ros menggunakan gam sebagai gubahan utama.
- Mula menggubah dengan meletakkan semua herba secara kreatif dan kelihatan kemas menggunakan gam termasuk bunga cengkih.
- Letakkan buah pelaga sebagai penyeri gubahan berkenaan.
Labels: Deco
Panduan Membina Blog
Bagi anda yang baru berjinak jinak untuk membuat blog. Berikut adalah senarai laman web yang menyediakan kemudahan percuma seperti blog percuma. Tidak perlu bayar apa apa. Daftar secara percuma.
SENARAI BLOG PERCUMA - Popular
Blogger @ Blogspot (kalau buat Adsense, pakai blog ini)
Blogdrive
Wordpress
Xanga
Myspace
SENARAI BLOG PERCUMA - Kurang Popular
LiveJurnal
Diaryland
OnlineDiary
BlogSource
Myblogsite
Greatestjournal
Efx2
TblogB2
B2Evolution
Terdapat banyak lagi laman web yang menyediakan kemudahan membuat blog secara percuma selain di atas.
blog blogging blogger panduan membina blog senarai blog percuma popular blogspot
blog blogging blogger panduan membina blog senarai blog percuma popular blogspot
Tong Hua - Lagu Untuk Yang Tersayang
Lagu ini khas ditujukan untuk orang paling tersayang My Hubby. Wo aii ni.
10 tahun bersama, hadapi suka dan duka, cinta ini semakin kukuh sekukuh hubungan kita. I Love You Very Much
love tong hua guang liang you tube lagu
love tong hua guang liang you tube lagu
love tong hua guang liang you tube lagu
Labels: Love
Nutrien Penting - Daya Ketahanan Badan Bayi
Rahim adalah tempat perlindungan semula jadi bayi ketika dalam kandungan. Segala khasiat serta perlindungan terbaik dibekalkan dalam rahim sebelum kelahiran. Tetapi , selepas bersalin, sistem imunisasi pramatang bayi mula terbentuk dengan sendirinya. Semasa membesar bayi akan terdedah kepada persekitaran luar.
Adalah penting untuk membekalkan nutrien nutrien sewajarnya untuk membantu meningkatkan lagi sistem imunisasi anak anak.
Nutrien nutrien penting serta manfaaf terhadap perkembangan fizikal, mental serta daya ketahanan bayi.
Rantaian Panjang Asid Lemak Poli Tidak Tepu(LCPUFAs)
1.DHA & ARA
Struktur penting dan komponen asas untuk perkembangan otak dan penglihatan. Asid lemak penting merupakan kompenan asas sel daya tahan.
Mikronutrien antipengoksida
1.Vitamin C
cekap menyahkan pelbagai radikal bebas.
2.Vitamin E
Melindungi sel mambran fosfolipid daripada pengoksidaan oleh radikal radikal bebas.
Nutrien membina daya ketahanan tubuh tambahan
1.Zink
Penting untuk pereplikaan sel daya tahan serta fungsinya. Membantu mengurangkan kemungkinan cirit birit teruk serta penyakit berjangkit
2.Vitamin A
Mengelakan keradangan di dalam saluran gastrousus. Membantu mengurangkan kemungkinan cirit birit teruk.
3.Zat Besi
Penting untuk fungsi sel daya tahan dan melindungi daripada jangkitan.
4.Protien
Kebanyakan mekanisma daya tahan bergantung pada pereplikaan sel atau penghasilan sebatian protien aktif.
Nutrien nutrien lain
1.Kolina
Menyokong fungsi otak secara keseluruhan. Penting dalam tempoh kritikal perkembangan dan pembesaran otak.
2.Iodin
Pemanjangan tempoh kekurangan iodin boleh memberi kesan dalam pembelajaran dan motivasi
3.Inulin & GOS
Mengurangkan jumlah dan perkembangan bakteria patologikal untuk memulihkan fungsi usus, mengekalkan kekuatan usus, mengembalikan daya ketahanan pembiakan bakteria baik, memperbaiki perkumuhan nitrogen dan meningkatkan penyerapan kalsium.
Juara EURO 2008
Juara Baru EUeRo 2008The Red Fury akhiri penantian
julang trofi Euro selama 44 tahun
Yahoo Sepanyol Menang..
Setalah menantikan selama 44 tahun akhirnya, Sepanyol muncul sebagai juara EURO 2008 selepas menewaskan Jerman 1 - 0 dalam perlawanan akhir di Vienna.
Fernando Torres adalah penjaring gol tunggal pada babak pertama membantu Sepanyol menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir
Jaringan kemenangan Sepanyol di minit ke 33
Labels: sukan
Final EURO 2008
Pastinya anda sudah tahu pasukan manakah yang akan bertarung untuk mendapatkan gelaran Juara Euro 2008.
Jerman mara ke Final setelah menewaskan Turki di Stadium St Jakob-Park, Basel, Switzerland. Lahm muncul wira Jerman apabila menjaringkan gol minit-90 untuk membantu Jerman mencatat kemenangan 3-2 yang mendebarkan.
Sepanyol menewaskan pasukan Rusia 3-0 di peringkat separuh akhir awal pagi tadi. Tiga gol Sepanyol dijaringkan pada babak kedua selepas kedudukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Ini bermakna Sepanyol akan bertemu dengan Jerman pada perlawanan akhir. Pastinya perlawanan akhir EURO 2008 ini menarik dan mendebarkan para penyokong pasukan masing masing. Perlawanan Akhir EURO 2008 dijadualkan pada 30 Jun 2008, isnin pada pukul 2.45 pagi. Perlawanan ini disiarkan secara langsung di TV3, NTV7 dan Astro.
Jom Tengok, jangan tido..
Labels: sukan
Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah-siri 1-10
Mari kita sama sama baca Motivasi dari Dr. Fadilah Kamsah, Pakar Motivasi terkenal.
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghia sisteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannyajaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benihdari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing nberak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggie saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkanperbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Renung renungkan lah..
Akan bersambung..
Labels: motivasi
Rahsia Sup Ketam
Baru baru ini saya berborak borak dengan kawan kawan Paramedik di Forum Paramedik. Salah seoran kawan saya baru baru saja sembuh dari Demam Denggi. Melalui ceritanya memang teruk juga keadaannya kerana hampir dimasukan ICU.
Sembang punya sembang seorang kawan saya, juga Medik memberi petua jika kena penyakit Demam Denggi, minum Sup Ketam. Ini kali pertama saya mendengar petua ini. Cara nak masak Sup Ketam ini macam biasanya saja. Rebus dan minum supnya.
Selain itu, minum air banyak bagi mengelakkan dehidrasi dan amat digalakkan minum Air 100+ (satu lagi petua dari member Medik)
Apapun cara rawatan yang terbaik adalah Mencegah. Cegah sebelum parah.
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes seperti pasu bunga, tayar buruk, tin kosong kolam mandi, bekas plastik dan seangkatannya. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate mengikut sukatan yang ditetapkan (10 gram untuk 20 gelen air) tiga bulan sekali.
Hapus Ades, Cegah Denggi
Nasi Lemak - lebih sedap - lebih untung
Mahu makan Nasi Lemak yang sedap? Ada caranya. Caranya ialah dengan Mengukus. Cara ini bukan saja rasanya lebih sedap tetapi lebih untung dan jimat. Kalau kita memasak nasi lemak dengan cara menanak mesti berkerak bukan. Tetapi dengan cara mengukus nasi lemak tak akan berkerak, lebih sedap, lebih untung. Mari kita cuba cara ini.
Bahan-bahan:
3 cawan beras
3 cawan santan cair
2 helai daun pandan
garam
Cara-cara memasak:
Beras dikukus dalam pengukus hingga separuh masak. Setelah kelihatan separuh masak, rendam dengan air selama 3 jam. Tujuannya untuk mendapatkan beras yang lebih panjang dua kali ganda. Kukus semula beras tersebut sampai masak. Nasi yang telah masak tadi digaul dengan santan dan garam, biarkan 10 minit. Saya masak tak letak garam sebab santan sudah cukup memberi perisa sedap. Selepas itu, kukus sekali lagi bersama dengan daun pandan hingga nasi nampak berderai.
Wah banyak pula proses kukus mengukus nasi lemak ini hehe. Tapi kalau hendak tahu kesedapan nasi lemak ini, cuba lah resepi nasi lemak ini. Paling bagusnya ia tidak berkerak berbanding nasi lemak yang ditanak.
Nasi lemak ini boleh dihidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, timun, kacang gorengikan masin dan juga kangkung. Selamat mencuba dan selamat menikmati resepi ini. Nyam.. nyam
Seludup Kanak-Kanak
NEGARA dikejutkan dengan kes penjualan dan pembelian bayi didalangi sindiket yang turut membabitkan doktor klinik swasta, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan warga asing di Johor Bahru, baru-baru ini.
Kes terbabit terbongkar selepas polis berjaya menyelamatkan empat bayi berusia antara tujuh bulan hingga setahun dan menahan 23 individu, termasuk tiga rakyat Singapura dalam satu operasi - Ops Kasih.
Bayi perempuan lebih mahal
Jika dulu, pasangan China lebih suka mendapat anak lelaki berbanding perempuan kerana kepercayaan tradisi mereka, kini semuanya berubah apabila harga yang ditawarkan untuk bayi perempuan menjadi anak angkat lebih mahal bayarannya.
PENYELUDUPAN manusia adalah jenayah perniagaan ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api yang dianggarkan menjana pendapatan antara RM22.4 juta hingga RM32 juta (AS$7 juta hingga AS$10 juta) setahun bagi setiap orang yang diseludup.
Mengikut laporan Unicef, penyeludupan bayi dan kanak-kanak dijalankan sindiket untuk tujuan dijual bagi dijadikan buruh, pengemis, pekerja seks, tentera upahan atau pekerja ladang selain memenuhi kehendak kemanusiaan - membantu pasangan yang tidak dapat anak dan menyediakan kanak-kanak dengan kehidupan lebih baik.
sumber utama : Berita Harian
seludup kanak kanak penyuludupan kanak kanak seludup bayi
seludup kanak kanak penyuludupan kanak kanak seludup bayi
Labels: Bayi, Isu semasa